Selamat Datang Ke Blog Kaunseling| Follow | Dashboard

ANDA DALAM KATEGORI MANA???

387334_316325725053076_163251197027197_1243672_1972108026_n_large

RENUNG-RENUNGKAN.... SELAMAT BERAMAL....

Terima Kasih Daun Keladi :)

ADAB BELAJAR MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI

Luckyoptimist-rain-sun-life-love-hope-43_largeLama benar cikgu tak update blog... cikgu cuma nak pelawat laman ini  merenung sejenak apa yang cikgu cuba kongsikan bersama untuk dijadikan makanan minda dan hati semua...
Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali


  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Terima Kasih Daun Keladi :)

kalender persekolahan dan cuti sekolah sesi 2012


Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

Terima Kasih Daun Keladi :)

MOVING FORWARD....

Tumblr_lrxw7ffbqn1qha1zdo1_500_large


Alhamdulillah selesai sudah UPSR 2011... but 2012 is coming... Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang bernasib baik, cikgu harap jangan putus asa... Tingkatkan Usaha, Lebih Tekun dan Study Smart ...

am going to miss all of you. ( my dearest year 6 students).....  apa pon yang kamu lakukan, cikgu nak pesan satu je..

PESAN CIKGU 

JAGA DIRI BAIK BAIK DAN SAHSIAH AGAR SENTIASA 
MENJADI ROLE MODEL KEPADA YANG LAIN....    


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..............



♥♥♥ Girly Photography - part 72 ♥♥♥

Terima Kasih Daun Keladi :)

WAJAH-WAJAH SEPANJANG HARI KEPUTUSAN UPSR DIUMUMKAN...













 

 





 







Terima Kasih Daun Keladi :)

KEPUTUSAN UPSR 2011 KELUAR HARI INI : PUKUL 10.00 PAGI



EHEM EHEM EHEM....

macam manalah rasa getarnya hati adik-adik kan bila pengumuman keputusan peperiksaan UPSR akan keluar hari ini??? mesti ada yang rasa kecut perut, ada yang tak sabar, ada yang dah tak tentu arah manakala tak kurang juga ada yang cool.....

apa-apa pon keputusannya.. adik - adik perlu lebih bersedia dengan keputusan yang bakal kamu peroleh kelak... mental dan emosi perlu stabil....




anggaplah kamu telah melakukan yang terbaik dalam exam yang lalu..

alahai... sesambil nak update post ni cikgu pulak yang rasa meremang dan tak sedap badan... hehhehheee..


GOOD LUCK AND HOPE FOR THE BEST....

SAYONARA...

Terima Kasih Daun Keladi :)

KETAWA PENAWAR DUKA...


Laugh_large


KENAPA KITA KETAWA???

SAJA-SAJA KETAWA?
SUKA SUKA KETAWA?
SENGAJA NAK KETAWA?
TERPAKSA KETAWA?


25726714_bvgkge8j_c_large
Adakah kita tahu ketawa juga penting dalam kehidupan kita? Apakah gunanya ketawa pada kehidupan seharian kita? Kenapa kita perlu ketawa? 

Mengurangkan stress
 Kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika anda ketawa. Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. 


Memperbaiki aliran dan tekanan darah 
Ketawa telah terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ianya dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam darah. Selain daripada itu, ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.

Merupakan senaman 
Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.

Meningkatkan ketahanan tubuh 
Dengan ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.

Menghilangkan kesakitan 
Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.

Meningkatkan kemahiran bersosial 
Perasankah anda dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan sebagainya. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.

Mengurangkan agresif 
Dengan ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif, yang boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.

Memberi tenaga kepada organ dalaman 
Seperti yang telah dinyatakan, ketawa akan meningkatkan aliran darah, mengurangkan hormon stress dan secara tidak langsung merupakan salah satu senaman. Dengan kata lain, ketawa dapat membantu untuk mencerdaskan otak, jantung dan paru-paru serta merangsang organ-organ ini ke dalam tindakan yang anda lakukan dan memberikan tenaga terhadap organ-organ ini untuk berfungsi dengan baik.


Terima Kasih Daun Keladi :)

HIDUP INI HANYA SEMENTARA......HARGAILAH .....


ELLO guys.... menarik tentang tajuk hari ni... life is short atau hidup hanya sementara dan pinjaman dunia sahaja... 

cikgu nak sangat murid-murid cikgu tahu menghargai peluang dan ruang yang ada sekarang dan gunalah peluang yang ada ni ke jalan yang di redhai ALLAH... penuhi setiap saat dan ketika dengan perkara yang berfaedah dan banyakkan membantu yang lemah dan yang memerlukan...
ini kerana tangan yang memberi jauh lebih baik dari tangan yang menerima... 


kadang kadang kita selalu leka dan alpa dengan nikmat dunia.. sebab ia lebih jelas dan dapat dirasai.. namun sebagai seorang yang beragama kita harus seimbang dengan amalan dunia dan juga akhirat yakni  sembahyang, bersedekah bg yang mampu dengan hati yang ikhlas, banyakkan beramal dan hal hal yang membawa kepada kebaikan dan kesejahteraan bersama..

wahai anak murid yang cikgu kasihi ... INGATLAH..... dalam hidup ni buatlah perkara yang kita suka, jangan menyakiti orang lain, belajar bertolak ansur, dan sentiasa berani mencuba sesuatu yang baru untuk kecemerlangan masa depan kita..

sekian dulu dari cikgu....

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Terima Kasih Daun Keladi :)

WE NEED ALL THOSE TO LIVE HAPPILY EVER AFTER .... :)

Tumblr_lszb96syjk1r34za0o1_500_large

cikgu nak share karton ni dengan semua pelawat setia blog ni...


dalam kaunseling :


"CINTA" = KASIH SAYANG the most important aspect in our life to make we feel so cool ...
NYANYIAN - terapi di kala duka dan menghilangkan tekanan..
PERSEKITARAN YANG KONDUSIF - rumah yang selamat, selesa dan jaminan keselamatan dan perlindungan demi kesejahteraan mental dan emosi..
KERJAYA / CITA-CITA / HOBI -bagi menentukan hala tuju dan matlamat hidup yang cemerlang di masa hadapan
KELUARGA / HAIWAN KESAYANGAN - melatih kita untuk menjadi insan yang penyayang dan menghargai orang lain sebagai lambang manusia yang bertamadun...
TIDUR YANG NYENYAK - jaminan kesihatan dan kesejahteraan jiwa dan raga....
REHAT YANG CUKUP - merawat emosi, fizikal dan rohani agar sentiasa positif dan bertenaga
LOVE IS CINTA -terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, flora dan fauna, alam sekitar ...
HALUSNYA KAUNSELING DALAM MEMBENTUK SEORANG INSAN YANG HARMONIS DAN SEIMBANG DARI SEGI JASMANI, EMOSI, ROHANI, INTELEK DAN SAHSIAH..

Terima Kasih Daun Keladi :)

I SHOULD TRY THIS AT SCHOOL :)

sesambil mencari idea dan  pic yang comel-comel  di web.. tiba-tiba cikgu terjumpa this >>>>>>



menarik pula cikgu tengok... and cikgu rasa i should try this tip at school kan... mana lah tahu dapat mengurangkan masalah murid-murid yang sering ada ketengangan. Maka mungkin ia secara tak langsung akan  memberikan kesan yang sangat positif kepada persekitaran dan budaya sekolah.. yang mana everyone will love each other....

IKLIM sekolah menjadi tenang, damai dan tiada permusuhan... barulah kadar ponteng di sekolah dapat dihapuskan dan semua warga sekolah akan sentiasa ceria dan happy sokmo kan kan kan...

i should try this at school... cause am now a teacher kan...


so watch out to all my dearest student ....

LOVE UOLSSSS...


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Terima Kasih Daun Keladi :)

JAMUAN AKHIR TAHUN 6

Hai semua...

macam mana lahkan suasana jamuan akhir tahun 6 hari ni?? rugi rasanya tak dapat bersama-sama meraikan jamuan tu... mesti seronokkan... jelessss nya pada cikgu yang dapat menyertai jamuan tu...

hari ni hari last cikgu kursus... x sempat nak balik..

apa-apa pon cikgu harap kamu semua murid-murid tahun 6 enjoy dengan jamuan terakhir meraikan kamu semua... ENJOY UOLSSSS...

daaaaaaaaaaaaa.....



Terima Kasih Daun Keladi :)

BENGKEL BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH PULAU PINANG 2011



Salam buat semua... alhamdulillah selesai sudah kita semua menyambut hari raya aidiladha bagi yang beagama islam, pon begitu bagi yang menganut lain-lain agama cikgu rasa tentu seronok sekali dapat bercutikan..

Cikgu agak sebuk menjelang hujung tahun.. tak dapat lah sangat untuk cikgu merapati murid-murid tahun 6 yang merupakan tahun akhir di SKCBM. Kita hanya ada lebih kurang seminggu ja lagi untuk bertemu dan bersua..

Back to main topic iaitu kursus yang cikgu kene hadiri atas arahan JPN Pulau Pinang.

Cikgu menghadiri bengkel ini demi untuk kita semua warga SKCBM kerana banyak input yang cikgu terima bagi memantapkan lagi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

memang cikgu akui agak merindui suasana di sekolah selepas hampir seminggu tidak ke sekolah.. cikgu amat mengharapkan agar sepanjang cikgu tiada murid-murid akan sentiasa berkelakuan baik dan sentiasa hormat menghormati diantara satu dengan yang lain.

sekian dulu buat masa ini... jumpa lagi di lain coretan ...

daaaaaaaaaaaaaa....
Terima Kasih Daun Keladi :)

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2011

alhamdulillah... semua program hari ni berjalan lancar... cikgu sungguh seronok bila tengok semua murid-murid meraikan dan diraikan sempena sambutan hari kanak-kanak.

melalui program ni, cikgu lihat murid-murid yang berbakat mampu menonjolkan bakat terpendam dalam persembahan.. ada yang boleh melawak, berlakon dan juga menari tak ketinggalan yang pandai menyanyi..

tahniah... banyak sungguh jamuan yang best-best.. hilang diet cikgu tengok makanan yang nyummy nyummy...

apa apa pon cikgu harap majlis sebegini mampu menghilangkan tekanan sementara murid-murid dan memberikan semangat baru untuk lebih bersemangat untuk ke sekolah...

daaaaaaaaaaaaaaaaa....
Terima Kasih Daun Keladi :)