Selamat Datang Ke Blog Kaunseling| Follow | Dashboard

HIDUP INI HANYA SEMENTARA......HARGAILAH .....


ELLO guys.... menarik tentang tajuk hari ni... life is short atau hidup hanya sementara dan pinjaman dunia sahaja... 

cikgu nak sangat murid-murid cikgu tahu menghargai peluang dan ruang yang ada sekarang dan gunalah peluang yang ada ni ke jalan yang di redhai ALLAH... penuhi setiap saat dan ketika dengan perkara yang berfaedah dan banyakkan membantu yang lemah dan yang memerlukan...
ini kerana tangan yang memberi jauh lebih baik dari tangan yang menerima... 


kadang kadang kita selalu leka dan alpa dengan nikmat dunia.. sebab ia lebih jelas dan dapat dirasai.. namun sebagai seorang yang beragama kita harus seimbang dengan amalan dunia dan juga akhirat yakni  sembahyang, bersedekah bg yang mampu dengan hati yang ikhlas, banyakkan beramal dan hal hal yang membawa kepada kebaikan dan kesejahteraan bersama..

wahai anak murid yang cikgu kasihi ... INGATLAH..... dalam hidup ni buatlah perkara yang kita suka, jangan menyakiti orang lain, belajar bertolak ansur, dan sentiasa berani mencuba sesuatu yang baru untuk kecemerlangan masa depan kita..

sekian dulu dari cikgu....

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Terima Kasih Daun Keladi :)