Selamat Datang Ke Blog Kaunseling| Follow | Dashboard

RAMADHAN MENJELMA LAGI...





ALHAMDULILLAH...  sekali lagi dipanjangkan usia insyaallah untuk sama-sama kita menyambut bulan ramadhan yang penuh barakah ini..




kepada semua pelawat blog ini.. gunakanlah kesempatan ini untuk menambahkan ilmu dan bekalan yang ada untuk di bawa ke akhirat.. banyak pahala yang diperoleh dibulan ini malah digandakan berlipat-lipat kali untuk setiap amalan baik yang dibuat secara ikhlas...

jadi jangan lupa untuk sahur dan lafaz niat untuk berpuasa..

Niat Puasa Ramadhan dan Doa Berbuka Puasa 
Written by Faruq Jamil Al-Jarumi   


Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.


Lafaz niat sehari:

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى 


Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.


Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى


Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:



“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.



Waktu Berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت

Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan


 


Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

sumber daripada :  Banner
 

Terima Kasih Daun Keladi :)

BENGKEL 'ART THERAPY' 2013

Sebagai kaunselor yang baru, saya tidak melepaskan peluang untuk menyertai bengkel Art Therapy yang telah diadakan di UUM Sintok Kedah.. meskipun perlu mengeluarkan biaya sendiri, namun ilmu manfaat yang diperolehi adalah sesuatu yang tidak dapat diganti dengan wang ringgit..

  
ART THERAPY adalah salah satu kaedah yang boleh membantu dalam proses menolong di dalam kaunseling.. Keperluan Art Therapy di dalam kaunseling penting apabila klien tidak mampu untuk menyatakan dengan perkataan... oleh yang demikian " When Words Are Not Enough" maka Art Therapy memainkan peranan yang sangat penting dalam meneroka dunia tersebunyi klien... Hanya Awak Yang Tahu.....


uniknya art dalam proses menolong...







DIBAWAH INI CIKGU NAK KONGSIKAN WARNA WARNI SEPANJANG BENGKEL ART THERAPY INI...

harapan / hope... tangan tangan yang menggambarkan sejuta makna dan harapan... lukisan sekitarnya memberikan maksud-maksud yang tersirat ... yang sukar diluahkan dengan kata-kata.. hanya pelukis sahaja yang tahu apa yang dilukisnya... Unikkan..

cikgu fara dan lukisan beliau bersama ahli kumpulan yang lain...
ahli kumpulan yang sporting..


selepas dipotong lukisan huruf blok nama sendiri..
voltron transfomer adalah hasil selepas aktiviti melukis nama dan kemudian memotong bahagian tertentu... tak sangka kan.. nama setiap orang menghasilkan lukisan yang sangat unik..
Prof Makzan Musa membantu melorek kawasan yang perlu dipotong...

tangan-tangan yang mendoakan kepada ibu bapa dan diri sendiri

himpunan doa-doa oleh semua pesert
kreativiti hasil dari potongan nama sendiri oleh semua peserta..


antara gambaran perasaan bingung

gambaran perasaan marah

gambaran perasaan bahagia

hasil gambaran cikgu fara terhadap perasaan yang berlainan

kerja individu apabila dikumpulkan dan disatukan menghasilkan lukisan yang hampir sama.. siapa sangka kan.. gambaran perasaan oleh sebatang cryon dan sehelai kertas putih..
hasil lukisan cikgu fara menggambarkan keluarga bahagia beliau

aktiviti warmning up... cute kan... hehehhe

studio art therapy yang dimiliki oleh prof Makzan Musa..

antara buku buku rujukan yang sangat tinggi nilai dan ilmunya...
 DALAM ART THERAPY TIADA ISTILAH CANTIK, LAWA, SENI ATAU HALUS... INI KERANA ART THERAPY BUKAN BERTUJUAN UNTUK MELAHIRKAN SENIMAN ATAU PELUKIS.. 
SEBALIKNYA HASIL LUKISAN ATAU LAKARAN ADALAH BERSIFAT UNIK DAN MENARIK...

Cikgu Fara kanan sekali duduk, cik suhailah, berdiri dari kiri cik jamilah dan sebelahnya adalah cikgu Fiqah..

ohhh... sangat klasik gitu...




SEKIAN DAHULU DARI CIKGU.. KEPADA SEMUA PELAWAT.. SEMOGA ANDA MENDAPAT SEDIKIT INFO DAN ILMU MENGENAI KAUNSELING DAN ART THERAPY.. SATU PENDEKATAN BARU..


CHOW CHIN CHOW..... DAAAAAAAAAAAAAA...



Terima Kasih Daun Keladi :)