Tidak wajib dan tidak juga sunat
berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa
bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam
bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa
Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.
Lafaz niat sehari:
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Digalakkan
berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama
Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa
berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan
berniat untuk sebulan sekali gus.
Namun
begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti
haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi
memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah
diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang
daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui
niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki,
iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
Waktu Berniat
Waktu
berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu
sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu
Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian
daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Doa Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan
Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan
Firman
Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke
atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang
sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah
Al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah
s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang
diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah,
yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah
datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah
fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu
dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta
dibelenggu segala syaitan”
sumber daripada :
|